Sabtu, Disember 05, 2009

PENGUMUMAN!!!!!

PEMGUMUMAN!!!
PENDAFTARAN BARU KANAK-KANAK 2010
Tarikh: 24hb Disember 2009
Hari : Khamis
Masa : 8 Pg hingga 1.00 petang

Khamis, Disember 03, 2009

STANDARD BARU PRASEKOLAH

Pegawai2 yang bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel Hujung Minggu
Cik Aslina,Cikgu Siti Kecik,Puan Haryati dan Puan Zuraida.
Bergambar setelah mengadakan suprise kepada Cikgu Siti Kecik yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 49.


One Malaysia(Peserta2) ketika proses akhir menyiapkan tugasan yang di beri.


Sebahagian dari peserta bengkel bersama Tim.Pengarah JPNINPP,En Mohd Saidi.



Simbolik Penyerahan SGM di Tawau Sabah.



Pada 24hb.Nov 2009,Guru-Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya diberi taklimat Kurikulum Standard Baru Pra sekolah.Dalam taklimat tersebut pihak Jabatan mengumumkan pelaksanaan tersebut akan dimulakan pada 2010.Begitu juga perubahan masa belajar bagi kanak-kanak dimulakan jam 8 pagi berakhir jam12.00 tengahari.



Atas perubahan tersebut,JPNIN Daerah Timur Laut dan Barat Daya mengadakan bengkel penyediaan ringkasan mengajar berpandukan kurikulum standard baru sekolah bagi memudah dan memberi kefahaman yang jelas kepada Guru-guru dan penolong guru.Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari .Selain dari itu pihak jabatan juga memberi taklimat lebih detail mengenai ISO baru dan Iventory serta harta modal.


Ini adalah selaras saranan dari pihak Kementerian Pendidikan mengenai hal tersebut seperti yang di laporkan:


Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global TIGA AMALAN NILAI·


1. Profesionalisme keguruan·

2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran·

3. Pembelajaran yang tinggi.


Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.


Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial.


Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan.


Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.


Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. pematuhan terhadap SGM berupaya memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warga pendidik berkualiti dan bertaraf dunia.


"Kita mahu guru di negara ini setanding dengan piawaian global dari segi pencapaian dan penyampaian, terutama dalam keadaan masyarakat meletak harapan tinggi terhadap kemampuan kerajaan memperluaskan capaian pendidikan berkualiti. "Justeru, sistem pendidikan kita perlu mempunyai mekanisme bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan," katanya. Sambil berharap garis panduan itu akan membolehkan warga pendidikan lebih fokus dari segi keupayaan.

Jumaat, November 20, 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI.......















Pejam,celik,pejam,celik dahhhh sampai ke penghujung persekolahan.Rasanya seperti baru semalam sahaja Tabika Perpaduan Teluk Bahang A/B baru menerima kedatangan kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2003/2004.
Rasanya belum sempat beramah mesra dan berkenal-kenalan, tiba pula perpisahan.


Hari ini.........
Kanak-kanak itu akan meninggalkan alam tabika yang mencatat seribu peristiwa.Mereka akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.....

Alam sekolah yang tiada lagi si ibu menanti di tepi tingkap,Tiada lagi si bapa yang mendukung si anak hingga ke kelas.Alam sekolah yang si anak perlu makan sendiri tanpa di hidang oleh guru.Alam sekolah yang si anak perlu mengheret beg sendiri hingga ke kelas.Yang pasti alam sekolah yang sibuk dengan kerja sekolah yang perlu di selesaikan sendiri.....

Bagi guru-guru seperti biasa,yang patah,pasti kan tumbuh.Yang hilang pasti berganti......

Belum lagi matahari hari pertama percutian bermula.Guru-guru sudah mula menghitung bilangan kanak-kanak untuk tahun hadapan.Sudah mula mengepos surat tawaran pendaftaran.Sudah mula meng"order"uniform untuk tahun hadapan.Di kotak fikiran sudah mula membayang bagaimana akan menghadapi tahun 2010 yang bakal mendatang.Bagaimana telatah kanak-kanak yang bakal di ajar.Bagaimana kerenah ibubapa yang bakal ditemui.


Semalam........Baru selesai di lepaskan kanak-kanak yang dididik dengan penuh tanggungjawab.Kanak-kanak yang kebanyakkannya sudah mengenali apa itu A,B,C hingga Z.Kanak-kanak yang sudah mengetahui bilangan 1,2,3 hingga puluhan nombor.

Apa yang cikgu boleh katakan......
Ikutlah nasihat ibubapa.Dengarkan nasihat guru.Teladanilah yang baik dan sempadankan yang tidak manis dimata dan hati.
Jadilah seperti padi makin berisi makin menyembah bumi.




Ahad, November 08, 2009

KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN DAERAH TIMUR LAUT/BARAT DAYA2009

7hb dipilih sebagai Hari Konvokesyen Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya.Telah di adakan di Dewan MPPP Teluk Bahang.Seramai 930 kanak-kanak telah menghadiri majlis yang dirasmikan oleh pengarah JPNINPP iaitu Cik Hajjah Rohani Hussain Merican.Di meriahkan lagi dengan tarian dan taridrama oleh tabika-tabika yang terpilih mewaliki setiap daerah.

Majlis di adakan seawal pagi 8.00 selesai jam 2.00 petang.Selain daripada penyerahan sijil Tabika,kanak-kanak juga telah di sediakan dua kategori iaitu Anugerah palajar cemerlang dan kehadiran terbaik.

Pada masa yang sama,di umumkan kategori kecerian terbaik(Tabika Perpaduan Bangunan Persekutuan-Daerah Timur Laut.Tabika Perpaduan Saujana Heights-Daerah Barat Daya , pendaftaran kanak-kanak terbaik (Tabika Perpaduan Jalan Patani-Daerah Timur Laut.Tabika Perpaduan DesaRia Sri Merpati-Daerah Barat Daya)dan kokurikulom terbaik.

Tabika Perpaduan Teluk Bahang amat berbesar hati dipilih sebagai tuan rumah majlis tersebut.

Selasa, Oktober 20, 2009

KEMBALI SIBUK DENGAN AKTIVITI

PERADUAN MEWARNA ALAM SEKITAR
PENANAMAN POKOK KELAPA SIMBOLIK CINTAI ALAM SEKITAR

SISWA/SISWI PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN USM


TAKLIMAT MENGENAI PENGGUNAAN BEKAS POLISTRIN OLEH SITI MAHFUZAH



KANAK DI AJAR CARA2 MENANAM POKOK KACANG HIJAU ATAU TAUGE


BAHAN YANG DI PERLUKAN ADALAH AIR



KACANG HIJAU/BENIH





KAPAS






TAKLIMAT OLEH SISWA/SISWI USM,SEBELUM MEMULAKAN
TUNJUK AJAR PENANAMAN POKOK






KANAK-KANAK MELAKUKAN SENDIRI AKTIVITI TERSEBUT









KANAK-KANAK DAN IBUBAPA MENDENGAR TAKLIMAT MENGENAI ALAM SEKITAR
DAN SOALAN KUIZ DIBERI PADA KANAK-KANAK.









MAJLIS HARIRAYA AIDIL FITRI










KANAK-KANAK MENDAPAT SUMBANGAN WANG HARIRAYA DARI
WAKIL RT DAN PENGERUSI JPTP,PN NILAM ISMAIL





TETAMU MENJAMU SELERA SETELAH BACAAN DOA
SELESAI DIBACA OLEH RAJA IZAN



MUHAMAD AFIF DARWISY SEDANG MEMILIH KUIH UNTUK DI JAMAH



Berlalulah Ramadhan dengan satu nostalgia.Tabika Perpaduan Teluk Bahang kembali sibuk dengan aktiviti2 yang dirancang untuk melengkapkan takwim tahunan.

2hb Oktober-Jamuan hariraya telah diadakan dengan meriah sekali.Kemeriahan dirasa apabila ibubapa turut hadir untuk menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh pihak Tabika.Selesai menjamu selera,kanak-kanak dihulurkan wang hariraya oleh Guru2 dan JPTP.

16hb Oktober-Pelajar2 dari Pusat Pendidikan Teknologi Industri(USM) telah memilih untuk menjayakan program "Green Leading" di Tabika Perpaduan Teluk Bahang.Semua kanak-kanak terlibat dalam sesi kuiz,dimana 6 kanak-kanak telah berjaya menjawab soalan mengenai Alam Sekitar yang diberi oleh pelajar USM.Kanak-kanak juga telah diajar cara2 menanam pokok kacang hijau dan membuat baja kompas.Sesi petang,kanak-kanak di beri penerangan mengenai bahaya penggunaan bekas polisterin dan peraduan mewarna alam sekitar.

Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKA ! MERDEKA !! MERDEKA !!!


Hari ini 31hb Ogos 2009,jam 8.30 kanak-kanak Tabika Perpaduan Teluk Bahang telah berkumpul di Tabika dengan penuh semangat untuk meraikan Hari Merdeka.Walaupun kanak-kanak kurang arif apa erti kemerdekaan sebenar,bagaimana orang terdahulu mencapai kemerdekaan,tetapi mereka tetap bersemangat untuk meraikanya dan melaungkan MERDEKA!MERDEKA!!MERDEKA!!!


Selepas menyanyi lagu Negaraku dan P.Pinang,kanak-kanak turut menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti lagu tanggal 31 Ogos,Malaysia gemilang dan Jalur Gemilang. Semua kanak-kanak yang hadir turut mengambil bahagian dalam peraduan mewarna 1 malaysia.Ibu-ibu turut mengambil bahagian dalam mewarna bagi ketegori ibubapa. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.Menjadi harapan semuga kanak-kanak generasi sekarang memahami erti kemerdekaan dengan fahaman dan azam yang positif untuk memajukan diri,agama dan bangsa.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Ulangtahun kelahiran kanak2/sambutan Ramadhan

Pada 20hb Ogos 2009,telah diadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kanak-kanak yang dilahirkan dalam bulan Mei,Jun,Julai dan Ogos.Seramai 13 kanak-kanak yang diraikan.3 dari kanak-kanak berumur 6 tahun dan 10 orang dari kanak-kanak 5 tahun. Turut diadakan sambutan Ramadhan.Antara pengisian majlis adalah tazkirah mengenai Ramadhan kepada kanak-kanak dan ibubapa yang hadir pada hari tersebut.Tujuannya adalah untuk memberi latihan kepada kanak-kanak untuk belajar berpuasa.kanak-kanak turut diajar lafaz niat puasa dan perkara -perkara yang boleh membatalkan puasa.Diharap kanak-kanak dapat mengamalkan ilmu yang diajar sehingga akhir hayat mereka.InsyaAllah.
Guru-guru tidak lupa memberi peringatan mengenai cara-cara mencegah jangkitan wabak H1N1.walaupun pihak tabika telah mengambil langkah berjaga-jaga ketika di kelas.ibubapa juga diminta mengamalkannya ketika dirumah.Antara langkah-langkah yang dipraktikkan di tabika adalah mengambil Suhu badan kanak-kanak seawal pagi sewaktu tiba ke kelas.Kanak-kanak diajar mencuci tangan setiap sesi kelas bertukar.Memakai pelindung"mask" setiap hari.Meminum jus epal hijau dan jus oren yang disediakan sendiri oleh guru.Tujuan adalah untuk kanak-kanak tidak dijangkiti wabak H1N1 dengan mudah.
Alhamdulillah,kehadiran kanak-kanak kekelas adalah baik dan memuaskan.Tabika Perpaduan Telok Bahang mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan Selamat Bercuti .
kanak-kanak sedang mendengar tazkirah Ramadhan.
Kanak-kanak 5 tahun dilahirkan dalam bulan
Mei,Jun,Julai dan Ogos yang diraikan

Khamis, Ogos 13, 2009

album tabika 2009


Taklimat oleh PPP Daerah Barat Daya En.Ahmad Ridzuan

Selasa, Julai 28, 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Tanggal 23hb Julai (Khamis) telah diadakan perjumpaan Guru/Penolong Guru bersama Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya untuk mendengar taklimat terakhir mengenai susun atur dan perjalanan sukaneka yang akan berlangsung pada 26hb Julai.Dalam taklimat tersebut PPD Encik Nazrul Nizar telah mengingatkan guru-guru agar mempraktikkan Nyanyian budi bahasa budaya kita di kelas masing-masing.Oleh itu Tabika Perpaduan Teluk Bahang telah mengambil langkah awal menyanyikan Lagu tersebut dalam perhimpunan pagi bersama kanak-kanak bermulai hari ini(28hb Julai 2009).Dengan harapan kanak-kanak akan mengingati lagu dan lirik tersebut untuk menjadikan mereka insan yang berbudi bahasa dalam memupuk masyarakat penyayang.