Jumaat, November 20, 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI.......















Pejam,celik,pejam,celik dahhhh sampai ke penghujung persekolahan.Rasanya seperti baru semalam sahaja Tabika Perpaduan Teluk Bahang A/B baru menerima kedatangan kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2003/2004.
Rasanya belum sempat beramah mesra dan berkenal-kenalan, tiba pula perpisahan.


Hari ini.........
Kanak-kanak itu akan meninggalkan alam tabika yang mencatat seribu peristiwa.Mereka akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.....

Alam sekolah yang tiada lagi si ibu menanti di tepi tingkap,Tiada lagi si bapa yang mendukung si anak hingga ke kelas.Alam sekolah yang si anak perlu makan sendiri tanpa di hidang oleh guru.Alam sekolah yang si anak perlu mengheret beg sendiri hingga ke kelas.Yang pasti alam sekolah yang sibuk dengan kerja sekolah yang perlu di selesaikan sendiri.....

Bagi guru-guru seperti biasa,yang patah,pasti kan tumbuh.Yang hilang pasti berganti......

Belum lagi matahari hari pertama percutian bermula.Guru-guru sudah mula menghitung bilangan kanak-kanak untuk tahun hadapan.Sudah mula mengepos surat tawaran pendaftaran.Sudah mula meng"order"uniform untuk tahun hadapan.Di kotak fikiran sudah mula membayang bagaimana akan menghadapi tahun 2010 yang bakal mendatang.Bagaimana telatah kanak-kanak yang bakal di ajar.Bagaimana kerenah ibubapa yang bakal ditemui.


Semalam........Baru selesai di lepaskan kanak-kanak yang dididik dengan penuh tanggungjawab.Kanak-kanak yang kebanyakkannya sudah mengenali apa itu A,B,C hingga Z.Kanak-kanak yang sudah mengetahui bilangan 1,2,3 hingga puluhan nombor.

Apa yang cikgu boleh katakan......
Ikutlah nasihat ibubapa.Dengarkan nasihat guru.Teladanilah yang baik dan sempadankan yang tidak manis dimata dan hati.
Jadilah seperti padi makin berisi makin menyembah bumi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan