Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKA ! MERDEKA !! MERDEKA !!!


Hari ini 31hb Ogos 2009,jam 8.30 kanak-kanak Tabika Perpaduan Teluk Bahang telah berkumpul di Tabika dengan penuh semangat untuk meraikan Hari Merdeka.Walaupun kanak-kanak kurang arif apa erti kemerdekaan sebenar,bagaimana orang terdahulu mencapai kemerdekaan,tetapi mereka tetap bersemangat untuk meraikanya dan melaungkan MERDEKA!MERDEKA!!MERDEKA!!!


Selepas menyanyi lagu Negaraku dan P.Pinang,kanak-kanak turut menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti lagu tanggal 31 Ogos,Malaysia gemilang dan Jalur Gemilang. Semua kanak-kanak yang hadir turut mengambil bahagian dalam peraduan mewarna 1 malaysia.Ibu-ibu turut mengambil bahagian dalam mewarna bagi ketegori ibubapa. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.Menjadi harapan semuga kanak-kanak generasi sekarang memahami erti kemerdekaan dengan fahaman dan azam yang positif untuk memajukan diri,agama dan bangsa.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Ulangtahun kelahiran kanak2/sambutan Ramadhan

Pada 20hb Ogos 2009,telah diadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kanak-kanak yang dilahirkan dalam bulan Mei,Jun,Julai dan Ogos.Seramai 13 kanak-kanak yang diraikan.3 dari kanak-kanak berumur 6 tahun dan 10 orang dari kanak-kanak 5 tahun. Turut diadakan sambutan Ramadhan.Antara pengisian majlis adalah tazkirah mengenai Ramadhan kepada kanak-kanak dan ibubapa yang hadir pada hari tersebut.Tujuannya adalah untuk memberi latihan kepada kanak-kanak untuk belajar berpuasa.kanak-kanak turut diajar lafaz niat puasa dan perkara -perkara yang boleh membatalkan puasa.Diharap kanak-kanak dapat mengamalkan ilmu yang diajar sehingga akhir hayat mereka.InsyaAllah.
Guru-guru tidak lupa memberi peringatan mengenai cara-cara mencegah jangkitan wabak H1N1.walaupun pihak tabika telah mengambil langkah berjaga-jaga ketika di kelas.ibubapa juga diminta mengamalkannya ketika dirumah.Antara langkah-langkah yang dipraktikkan di tabika adalah mengambil Suhu badan kanak-kanak seawal pagi sewaktu tiba ke kelas.Kanak-kanak diajar mencuci tangan setiap sesi kelas bertukar.Memakai pelindung"mask" setiap hari.Meminum jus epal hijau dan jus oren yang disediakan sendiri oleh guru.Tujuan adalah untuk kanak-kanak tidak dijangkiti wabak H1N1 dengan mudah.
Alhamdulillah,kehadiran kanak-kanak kekelas adalah baik dan memuaskan.Tabika Perpaduan Telok Bahang mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan Selamat Bercuti .
kanak-kanak sedang mendengar tazkirah Ramadhan.
Kanak-kanak 5 tahun dilahirkan dalam bulan
Mei,Jun,Julai dan Ogos yang diraikan

Khamis, Ogos 13, 2009

album tabika 2009


Taklimat oleh PPP Daerah Barat Daya En.Ahmad Ridzuan