Selasa, Julai 28, 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Tanggal 23hb Julai (Khamis) telah diadakan perjumpaan Guru/Penolong Guru bersama Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya untuk mendengar taklimat terakhir mengenai susun atur dan perjalanan sukaneka yang akan berlangsung pada 26hb Julai.Dalam taklimat tersebut PPD Encik Nazrul Nizar telah mengingatkan guru-guru agar mempraktikkan Nyanyian budi bahasa budaya kita di kelas masing-masing.Oleh itu Tabika Perpaduan Teluk Bahang telah mengambil langkah awal menyanyikan Lagu tersebut dalam perhimpunan pagi bersama kanak-kanak bermulai hari ini(28hb Julai 2009).Dengan harapan kanak-kanak akan mengingati lagu dan lirik tersebut untuk menjadikan mereka insan yang berbudi bahasa dalam memupuk masyarakat penyayang.

Isnin, Julai 27, 2009

Sukaneka Gerak Padu Perpaduan 2009

Tanggal 26hb Julai tiba jua.Kanak2 dari 39 buah Tabika Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya berkumpul di padang Sek.Men.Ayer Itam seawal pagi. Mereka datang dengan wajah yang ceria dan bersemangat untuk bersukan. Acara dimulakan jam 8.30 berakhir jam 11.30 pagi. 



Sebanyak 9 acara sukaneka dipertandingkan. Kanak2 dibahagikan kepada 6 kontinjen mengikut warna. Setiap tabika akan menyertai 3 acara. Tabika Perpaduan Teluk Bahang A diletakkan dalam kontinjen Biru. Perjalanan majlis berjalan dengan lancar.



Selasa, Julai 21, 2009

LATIHAN SUKANEKA PERPADUAN


Sudah 3 hari kanak-kanak menjalani latihan sukaneka di sekitar kelas tabika .Ini disebabkan mereka akan menyertai Sukaneka Perpaduan 2009 di Sek.Men Air Itam pada 26hb julai 2009(Ahad)
Antara acara yang dipertandingkan adalah Puzzle nombor,Junjung kasih,mutiara hati,kitar semula,saudagar sirap,pasangan ideal dan menara kristal dll lagi.Bagi Kanak2 TB ini adalah kali kedua mereka menyertai sukaneka dalam tahun 2009.Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar.ibu bapa turut membantu Guru dalam latihan tersebut.menjadi harapan TBahang akan pulang membawa kejayaan.kekalkan prestasi TB yang memperolehi kemenangan dalam setiap acara. Ayuh adik -adik,tingkatkan usaha jadikan yang cemerlang dalam semangat berpasukan.

Sabtu, Julai 18, 2009

Anugerah Perkhidmatan cemerlang

Kak Noorhida bersama Suraya. Saya bersama Penolong Guru Di BellaVista Langkawi

Tanggal 7hb julai.Saya ke pej di komtar untuk mesyuarat ajk Sukan.Tiba disana saya disambut oleh cik Aslina iaitu PPPD dengan senyuman.katanya tahniah Pen.Cikgu Dapat cemerlang. Alhamdulillah.......Rezekinya tahun ini.tahun lepas saya dah dapat.Mungkin ini semua atas keikhlasan kami menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan.akhirnya Allah beri satu pengiktirafan yang tidak di sangka. Alhamdulillah




Jumaat, Julai 17, 2009

Lirik Biarku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar

Disaat kegelapanrela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki

Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Lawatan ke Mukah Sarawak

hasil nukilan bloggers mama moden

( hahaha jgn maraaa aaa naziyah, promosi ni)