Tanggal 23hb Julai (Khamis) telah diadakan perjumpaan Guru/Penolong Guru bersama Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya untuk mendengar taklimat terakhir mengenai susun atur dan perjalanan sukaneka yang akan berlangsung pada 26hb Julai.Dalam taklimat tersebut PPD Encik Nazrul Nizar telah mengingatkan guru-guru agar mempraktikkan Nyanyian budi bahasa budaya kita di kelas masing-masing.Oleh itu Tabika Perpaduan Teluk Bahang telah mengambil langkah awal menyanyikan Lagu tersebut dalam perhimpunan pagi bersama kanak-kanak bermulai hari ini(28hb Julai 2009).Dengan harapan kanak-kanak akan mengingati lagu dan lirik tersebut untuk menjadikan mereka insan yang berbudi bahasa dalam memupuk masyarakat penyayang.
Dua minggu PKPB
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan