Sebahagian dari peserta bengkel bersama Tim.Pengarah JPNINPP,En Mohd Saidi.
Simbolik Penyerahan SGM di Tawau Sabah.
Pada 24hb.Nov 2009,Guru-Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya diberi taklimat Kurikulum Standard Baru Pra sekolah.Dalam taklimat tersebut pihak Jabatan mengumumkan pelaksanaan tersebut akan dimulakan pada 2010.Begitu juga perubahan masa belajar bagi kanak-kanak dimulakan jam 8 pagi berakhir jam12.00 tengahari.
Atas perubahan tersebut,JPNIN Daerah Timur Laut dan Barat Daya mengadakan bengkel penyediaan ringkasan mengajar berpandukan kurikulum standard baru sekolah bagi memudah dan memberi kefahaman yang jelas kepada Guru-guru dan penolong guru.Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari .Selain dari itu pihak jabatan juga memberi taklimat lebih detail mengenai ISO baru dan Iventory serta harta modal.
Ini adalah selaras saranan dari pihak Kementerian Pendidikan mengenai hal tersebut seperti yang di laporkan:
Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global TIGA AMALAN NILAI·
1. Profesionalisme keguruan·
2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran·
3. Pembelajaran yang tinggi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.
Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial.
Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan.
Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. pematuhan terhadap SGM berupaya memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warga pendidik berkualiti dan bertaraf dunia.
"Kita mahu guru di negara ini setanding dengan piawaian global dari segi pencapaian dan penyampaian, terutama dalam keadaan masyarakat meletak harapan tinggi terhadap kemampuan kerajaan memperluaskan capaian pendidikan berkualiti. "Justeru, sistem pendidikan kita perlu mempunyai mekanisme bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan," katanya. Sambil berharap garis panduan itu akan membolehkan warga pendidikan lebih fokus dari segi keupayaan.